FeiDin sohor kini selepas benam pasangan ranking dua dunia

FeiDin yang merupakan gabungan nama beregu badminton profesional lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei muncul sohor kini di platform X hari ini.

Kedua-dua pemain muda berkenaan merangkul gelaran juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland menewaskan pasangan ranking dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

Dalam set pertama, pasangan di kedudukan kelapan dunia itu bermula goyah apabila tewas 15-21.

Mereka kemudian bangkit pada set kedua dengan meraih kemenangan 21-15 sekali gus meneruskan perlawanan ke set penentuan.

Akhirnya, FeiDin melakar kemenangan 21-19 menundukkan Astrup-Rasmussen berstatus Super 500 itu.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu sebelum ini menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.

BACA JUGA ‘Buat apa podcast’, Wan Fayhsal cabar debat secara langsung di TV

Â