Amaran hujan lebat, ribut petir di 8 negeri dan Labuan malam ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 10 malam ini.

METMalaysia memaklumkan di Kedah, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Menerusi hantaran di Facebook, amaran cuaca sama di Perak meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Maklum METMalaysia, hujan lebat dan ribut petir juga diramal di Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang melibatkan Kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Di Sarawak, amaran sama dikeluarkan bagi Kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah pula, ia membabitkan kawasan pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod),” kata METMalaysia lagi.

BACA JUGA Banduan belia dilatih kerja kedi golf, ramai puji inisiatif KBS dan Jabatan Penjara ini

Â