Dua lagi rumah diserbu, SPRM rampas RM321,000, tambahan kepada RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu dua lagi rumah dan merampas RM321,000 tambahan kepada RM5 juta dalam matawang yang dirampas dari kediaman seorang ahli politik.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa serbuan terbaharu dibuat semalam di kawasan sekitar Lembah Kelang.
“Kita telah menahan empat orang dan kenyataan daripada 15 saksi,” katanya.
Mereka yang ditahan termasuk seorang pengarah syarikat, seorang wakil MBI Selangor, seorang bekas pemandu dan bekas pegawai kewangan.
“Kita percaya ada lebih banyak wang yang dilaburkan di Singapura dan disimpan di bank lain. Kita akan meneruskan siasatan dalam perkara ini,” katanya lagi.
BACA LAGI: Wang Singapura RM5 juta ditemui, siapa ahli politik berpengaruh cetus tanda tanya