Kerajaan pastikan rakyat sentiasa dapat makanan selamat, berkualiti

Kerajaan sentiasa memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara dan memastikan rakyat sentiasa mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) bertujuan bagi menjamin kesihatan rakyat.

Dr Dzulkefly Ahmad

“PKKM adalah first gatekeeper for food safety (yang menjaga keselamatan makan) untuk memastikan pengguna sentiasa mendapat makanan selamat dan berkualiti.

“Kita tidak boleh sentiasa berada dalam krisis, contohnya keracunan makanan yang sering memangsakan anak-anak kita di sekolah akibat patogen seperti salmonella. Berapa kali lagi insiden seperti ini harus berulang?

“Selain daripada keselamatan, kualiti makanan juga perlu dijaga jika kita mahu pastikan rakyat selamat daripada bukan sahaja penyakit berjangkit namun penyakit tidak berjangkit dan malnutrisi,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2024 hari ini.

Persidangan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2024 anjuran International Food Safety Training Centre melalui PKKM adalah kerjasama dengan Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia.

Berlangsung selama dua hari hingga esok, persidangan tersebut menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pihak industri, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, ahli akademik, serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

BACA JUGA Banduan belia dilatih kerja kedi golf, ramai puji inisiatif KBS dan Jabatan Penjara ini

Â