Sediakah kerajaan pinda Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah untuk tangani sindiket scammer?
Sesi jawab lisan hari ini di Dewan Rakyat bermula dengan Koo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) bertanya sama ada kerajaan bersedia meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah untuk menangani sindiket scammer yang menggunakan akaun syarikat sebagai akaun keldai.
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) menyoal Wisma Putra berkenaan isu isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan memandangkan suhu konflik kini yang kian memuncak terutamanya melibatkan negara-negara jiran seperti Filipina.
Laporan Ketua Audit Negara untuk setiap negeri dan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2023 akan turut dibentangkan.
Dua pindaan akan dibentang untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Industri Perkhidmatan Air 2024 oleh Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan oleh Menteri Pengangkutan.
RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2024 akan dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kesihatan manakala RUU Ordinan Buruh Sabah 2024 akan dibentang oleh Menteri Sumber Manusia.
RUU Perlembagaan yang melibatkan status anak yang dilahirkan dengan pasangan bukan warganegara juga akan dibentangkan dalam sesi ini.
Selain itu, tiga RUU berkaitan Islam akan turut dibentangkan untuk bacaan kali kedua iaitu RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutan), RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
BACA JUGA: ‘Ah kau… masuk Parlimen pun malas’, Presiden Pas kena kecam selepas ‘sembang’ genosid Palestin