Dakwaan campur tangan siasatan rasuah: Ini jawapan balas Anwar kepada pembangkang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat laporan diterbitkan Bloomberg yang mendakwa beliau campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menjawab kepada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Anwar berkata setakat ini tindakan perundangan terhadap media antarabangsa itu sedang diteliti.

Perdana Menteri memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebelum ini dia hanya membuat arahan secara umum supaya SPRM bertindak tegas memerangi rasuah, tetapi tidak pernah memberi arahan melibatkan kes khusus.

“SPRM senedidri telah buat kenyataan tegas menafikan tohmahan tersebut kerana apa yang berlaku adalah arahan umum yang saya lakukan termasuk di Parlimen (iaitu) saya mahu SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), PDRM dan badan-badan penguatkuasa bertindak tegas memerangi rasauah tanpa tolak ansur.

“Ini arahan diberikan tetapi tidak melibatkan kes-kes khusus kerana SPRM sama seperti Jabatan Peguam Negara yang bertindak bebas dan telus tanpa ‘fear or favour’.

“Apakah akan ada tindakan? Ia bergantung laporan SPRM dan sekiranya didapati kesalahan yang nyata (oleh Bloomberg), itu keputusan Peguam Negara untuk mendakwa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bulan lalu, Bloomberg mendakwa Anwar telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk melancarkan siasatan terhadap pesaingnya, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainudin.

Laporan itu juga mendakwa Anwar mengarahkan Azam supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung pembelian saham dalam HeiTech Padu Bhd.

Sementara itu Anwar memaklumkan bahawa PDRM telah pun membuat beberapa tindakan dengan memanggil wakil Blooomberg dan individu berkaitan untuk merakam percakapan, masing-masing pada 1,8 dan 11 Oktober lalu.

BACA JUGA Dr Dzulkefly buat lawatan mengejut ke jabatan kecemasan Hospital Serdang

Â