Mangsa banjir di Perak bertambah lagi, daerah ini paling teruk terjejas

Mangsa banjir di Perak bertambah lagi pagi ini menjadikan keseluruhan 1,682 mangsa daripada 525 keluarga telah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu meningkat berbanding 1,605 orang daripada 503 keluarga setakat 10 malam tadi.

Setakat 8 pagi, kawasan Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar adalah paling terjejas dengan 720 mangsa (255 keluarga) ditempatkan di tiga PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, turut menyenaraikan daerah Mualim sebagai kedua terjejas.

529 mangsa dari daerah itu telah dipindahkan ke dua PPS iaitu PPS SK Slim River yang menempatkan seramai 479 orang (129 keluarga) dan 117 mangsa (28 keluarga) berlindung di PPS SK Kuala Slim.

Sementara itu, PPS Dewan Kampung Batu 4 yang dibuka sejak pagi semalam sudah ditutup secara rasmi 8 pagi tadi.

Di daerah Hulu Perak, seramai 224 mangsa (68 keluarga) dipindahkan ke dua PPS iaitu PPS SK Pahit menempatkan 164 orang (45 keluarga) dan 60 mangsa (23 keluarga) berlindung di PPS SK Kerunai.

Di daerah Kerian, 104 mangsa (34 keluarga) dipindahkan ke dua PPS iaitu SK Parit Haji Aman, Bagan Serai menempatkan 64 orang (20 keluarga) dan 40 mangsa (14 keluarga) berlindung di PPS SK Changkat Lobak.

Di daerah Hilir Perak, semua 38 mangsa (14 keluarga) dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

BACA JUGA Pembangkang tunggang isu GISBH, pemimpin Bersatu ini terus pertikai tindakan selamatkan kanak-kanak

Â