‘Top 3’ pembangkang tidak hadir Parlimen hari ini

Tiga pemimpin pembangkang dilihat tidak menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang merangkap Presiden Pas serta Tan Sri Mahiaddin Yassin (Pagoh) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) masing-masing Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu.

Tempat duduk mereka yang dianggap ‘Top 3’ dalam Perikatan Nasional (PN) kelihatan kosong semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Semakan Harapandaily menerusi pangkalan data MyMP mendapati, Hadi hanya menghadiri 54 kali daripada 162 sesi persidangan Parlimen sejak 26 Julai 2021.

Ini bermakna kemunculan pemimpin Pas yang digelar ‘Tuan Guru’ oleh penyokong parti itu di Parlimen cuma 33 peratus daripada keseluruhan sesi persidangan.

Sementara itu, Mahiaddin dan Hamzah masing-masing mencatatkan hanya 98 dan 89 kehadiran daripada 162 sidang Parlimen.

BACA JUGA Dr Dzulkefly buat lawatan mengejut ke jabatan kecemasan Hospital Serdang