Menteri dedah ada orang cuba intai pusat perlindungan tempatkan kanak-kanak GISBH

Ada beberapa individu yang tidak dikenali didakwa cuba mengintai pusat perlindungan yang menempatkan kanak-kanak yang diselamatkan dari GISBH.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri yang memaklumkan beliau sendiri tidak pasti sama ada ia adalah ibu bapa kanak-kanak berkenaan atau orang luar.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah melarang ibu bapa dari menuntut kanak-kanak berkenaan.

Cuma katanya, buat masa ini masih belum dibenarkan untuk bertemu kerana bimbang lebih ramai individu yang bukan ibu bapa, datang ke pusat perlindungan tersebut.

“Ada di tempat-tempat (rumah perlindungan) kita, ada orang yang mengintai di luar (rumah perlindungan), kita tidak tahu sama ada ini ibu ke bapa ke,” katanya menurut Bernama.

Untuk rekod, seramai 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jabatan itu mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu Nancy berkata, prosedur tempoh perlindungan adalah selama dua bulan dan jika dapat dibuktikan mereka adalah anak kepada ibu bapa yang dituntut, maka kanak-kanak akan dilepaskan.

“Seperti yang saya katakan semalam, ibu atau bapa perlu (kemukakan) bukti bahawa itu adalah anak mereka, kalau betul anak dia, agak mudah untuk kita (lepaskan) tapi (ada kes) anak tinggal tempat lain, yang (individu) mengatakan dia ibunya itu tinggal tempat lain,” katanya.

BACA JUGA Media Thailand pula anggap Malaysia pesaing menakutkan

Â