Selepas seminggu direman, ahli perniagaan dikait skandal rasuah MBI ditahan semula

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan semula seorang ahli perniagaan yang ditahan reman sejak 10 Oktober lalu berhubung dakwaan skandal rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu, memetik BH.

Difahamkan, individu terbabit ditahan semula selepas perintah tahanan reman berkaitan kes pertama tamat hari ini.

“Pegawai penyiasat memutuskan untuk menahan semula ahli perniagaan itu kerana menerima maklumat yang dia mungkin terbabit dalam satu lagi kes rasuah.

“Kes kedua juga ada kaitan dengan MBI, tetapi membabitkan projek lain di bawahnya,” lapor BH memetik sumber dalaman SPRM itu.

Minggu lalu, SPRM menahan empat individu termasuk ahli perniagaan terbabit berhubung siasatan skandal rasuah mencecah jutaan ringgit melibatkan konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat MBI.

BACA JUGA Parti Islam konon tapi kuat sokong ajaran sesat, pendirian Pas mengenai GISBH dikecam

Â