Anggota GISBH takkan sertai program pemulihan MKN? Kenapa pula dah?

Anggota Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) tidak akan menyertai program pemulihan anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara sukarela.

Ini kerana mereka memerlukan restu pimpinan mereka dan kebanyakan pimpinan mereka masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang lebih dikenali sebagai SOSMA.

Mereka tidak tahu bagaimana untuk membalas tawaran tersebut kerana pimpinan kanan mereka masih ditahan di bawah SOSMA.

“Ketika program sama diperkenalkan ketika zaman (pengasas Al-Arqam) Ashaari Muhammad, beliau sendiri mengarahkan anggota-anggotanya agar kembali ke pangkal jalan dari ajaran sesat.

“Hari ini tiada pimpinan untuk memberi arahan sebegitu,” kata peguam GISBH Rosli Kamaruddin, lapor FMT.

“Ia berlainan kalua CEO dan Lembaga pengarah boleh menasihatkan ahlinya menyertai program pemulihan,” tambah Rosli.

Kumpulan Al-Arqam telah diharamkan oleh kerajaan kerana menyebarkan ajaran sesat.

Rosli juga berkata ada ahli GISBH yang tidak berminat untuk menyertai program anjuran MKN kerana mereka percaya fahaman dan amalan mereka adalah sebagaimana ajaran Islam.

Setakat ini empat negeri – Melaka, Perlis, Pahang dan Selangor telah pun mengharamkan ajaran dan amalan yang dibawa oleh GISBH kerana bertentangan dengan Islam.

Rosli juga mendedahkan bahawa pengikut GISBH juga ingin mengerahui sama ada mereka akan menerima elaun ketika mengikuti program pemulihan GISBH kerana mereka tidak lagi mempunyai pekerjaan.

MKN telah mengumumkan program pemulihan sukarela untuk ahli rangkaian GISBH agar mereka boleh kembali akidah Islam yang benar.

BACA JUGA: Kes GISBH: Tiada cadangan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja

Â