Kenapa inisiatif ‘mesin gedegang’ dapat bantu rakyat keluar dari kepayahan hidup?

Oleh NAJIB BAKAR

“Ada ka cadang juai nasik lemak dalam vending machine? Tu mesin hat kita dok beli ayaq tu! Tekan 8 kupang ayaq kotak gedegummm!

“Dia cadang juai nasik lemak dalam tu! Kepala bapakmu vending machine.”

Ingat dak ayat ni? Bila ingat balik, kemudian banding dengan kisah-kisah tular sekarang, rasa macam, hmmm…

Mari saya nak cerita sedikit bab Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Dalam beberapa minggu ni, kisah kejayaan IPR Insan vending machine heboh diperkatakan.

Merata-rata kisah kejayaan usahawan yang semuanya dari golongan B40, bagaimana program ini membantu mereka keluar daripada kepayahan hidup.

Inisiatif IPR dari Kementerian Ekonomi ini mulanya dipersenda pembangkang.

Saya pernah jumpa Kak Nab, Bang Hermi, En. Amirudin, Puan Mala. Mereka sangat bersyukur dengan inisiatif dari Kementerian Ekonomi ini.

Kenapa vending machine?

1) Kos vending machine yang jauh lebih murah dari nak bina sebuah gerai.

2) Peniaga boleh letak dan tinggal. Boleh pi buat job lain.

3) Peniaga tidak perlu upah pekerja untuk tunggu di vending machine.

4) Vending machine jadi alat marketing, kalau makanan sedap, orang ramai boleh hubungi nombor telefon yang tertera untuk order makanan secara pukal.

5) Vending machine yang dihubungkan dengan aplikasi di telefon. Peniaga tahu berapa jualan, unit makanan yang tinggal.

6) Makanan murah untuk orang ramai, terutamanya pelajar dan warga kota di tempat yang mahal kos makanannya.

7) Dan semestinya, terbukti hasil jualan dan pendapatan mereka yang boleh cecah tahap T20 kalau kena gaya.

Kerajaan akan menanggung kos sewa tapak, sewa mesin, bil elektrik, dan penyelenggaraan selama dua tahun.

Insya Allah, selepas dua tahun, peserta-peserta ini akan matang, dan hasil jualan serta pendapatan mereka akan mampu membuatkan mereka berdikari menguruskan perniagaan dan kewangan.

Apabila dah tahu game vending machine, nak replicate kat tempat lain pun mudah, ya la kan, mesti depa ada rasa nak expand their businesses.

Betul?

Walaupun idea ini diperli, diketawakan pada awalnya, akhirnya kita semua dah faham kenapa ia terhasil at the first place.

All things being equal, the simplest solution tends to be the best one.

BACA JUGA Seronoknya walaun adik Zahid masuk Pas, ini senarai ahli keluarga pimpinan Pas yang sokong PMX

Â