Suruhanjaya siasatan bebas yang siasat kes Dr Tay peroleh tambahan tiga bulan siasat semua kes buli
Suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan buli yang membawa kepada kematian pakar patologi perubatan di Hospital Lahad Datu, Sabah – Dr Tay Tien Yaa akan diberi tempoh lanjutan tiga bulan untuk menyiasat kes buli di seluruh negara.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) ketika sesi soalan jawab menteri (MQT).
“Kementerian Kesihatan takkan berkompromi dalam isu buli. Kita juga memberi tambahan tiga bulan untuk jawatankuasa bebas ini menyiasat semua kes buli,” kata Dr Dzulkefly.
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan buli yang membawa kepada kematian Dr Tay mempunyai jangka masa tiga bulan untuk menyiasat kesahihan dakwaan buli kes tersebut.
Hasil siasatan akan didedahkan
Ketika menjawab soalan tambahan Lee berkenaan dapatan jawatankuasa bebas, Dr Dzul memberi jaminan bahawa hasil siasatan oleh suruhanjaya bebas dalam kes Dr Tay akan didedahkan kepada umum.
“Tidak akan kita sembunyikan. Kita akan dedahkan batas prinsip kebertanggunjawaban dan ketelusan.”
Dalam pada itu, pihak yang didapati bersalah akan berdepan tindakan maksima.
“Jangan lupa, dalam kes buli tahun 2018 seorang ketua jabatan hospital awam diambil tindakan dan dipecat.”
Beliau berkata demikian kepada soalan Lee yang bertanya sama ada hasil siasatan akan dikemukan kepada parlimen atau umum.
Sebelum itu beliau turut menyatakan rancangan Kementerian Kesihatan untuk mengubah budaya kerja agar wujud ehsan dan kasihan oleh doktor kanan kepada pelatih.
“Perlu diwujudkan perubahan budaya kerja kerana mereka bekerja secara berpasukan.
“Kita mempunyai pasukan kesihatan mental dan psikososial untuk memberi sokongan first aid psikologi.
“Program sokongan pegawai kesihatan junior juga akan diadakan dimana akan ada sokongan untuk meningkatkan kebolehan menghadapi stress kerana kita tahu hospital mempunyai setting yang menekankan.
Langkah-langkah yang diumumkan ini adalah amalan kinsu koroi yang diamalkan di Jepun.
BACA JUGA: Dr Dzul: My zero tolerance against bullying stance remains since 2018
Â