Bacaan Yaasin, solat hajat untuk Palestin dan Lubnan

Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk Palestin dan Lubnan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 Putrajaya malam tadi.

Program dengan kerjasama Geng Surau Putrajaya GSP dan Surau Putra Al-Amin itu juga akan diadakan pada 24 Oktober depan di Surau Putra Al-Amin, Presint 8 Putrajaya bermula jam 7 malam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan program demikian menerusi media sosial rasmi beliau.

“Jom datang beramai-ramai. Kita letakkan ke tepi perbezaan aliran.

“Hanya satu tujuan, solidariti untuk saudara kita di Palestin dan Lubnan,” menurutnya.

Antara jemaah yang memenuhi Masjid Mahmoodiah Putrajaya malam tadi.

Majlis untuk memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin dan Lubnan yang sedang dizalimi pengganas Zionis Israel itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi Faizal Tahir.

BACA JUGA ‘Bukan hijau macam parti bulan’, ramai teka warna baju PMX bentang Belanjawan 2025

Â