Belanjawan 2025: Gaji minima ditingkatkan
Dasar gaji minima akan ditingkatkan dari RM1500 kepada RM1700 mulai bulan Februari 2025.
Menurut Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang penstrukturan ekonomi hanya boleh berjaya sekiranya ia merupakan pendapatan yang bermakna untuk rakyat.
“Justeru itu, kerajaan telah bersetuju meningkatkan gaji minima dari RM1500 kepada RM1700 berkuatkuasa 1 Februari 2025,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025.
BACA JUGA: Belanjawan 2025: Keselamatan siber, RUU baru dan 100 jawatan baru
Â