Gaji minima bukan gaji permulaan, tegas Sim kepada majikan
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menegaskan bahawa gaji minima bukan gaji permulaan.
“Bila kita kata gaji minima, ia bukan bermaksud gaji permulaan.
“Saya rasa memang ada industri yang salah faham atau mengambil kesempatan Akta Gaji Minima dengan menganggap gaji minima ialah gaji permulaan.
“Ia bukan gaji permulaan. Gaji minima ialah gaji untuk kerja paling asas.
“Jangan bayar siswazah gaji minima kerana ia bukan gaji permulaan,” kata Sim dalam sesi libat urus yang dengan pemain industry yang disiarkan di akaun TikTok beliau.
Beliau menambah bahawa kerajaan tidak menghalang majikan membayar lebih.
“Gaji minima ialah gaji lantai. Anda boleh bayar lebih dengan KWSP sama ada dengan gaji minima atau tidak. Anda boleh membayar lebih banyak bonus dan insentif.”
Beliau turut mengakui ada yang tidak mampu membayar gaji yang sewajarnya.
“Maka ia kembali kepada struktur ekonomi. Saya selalu menyatakan bahawa masalah kita hari ini bukan syarikat individu atau pekerja itu.
“Jika mahu bayar lebih, ekonomi kita perlu mempunyai nilai lebih tinggi.”
Beliau turut mengingatkan pemain industri perihal dua kata kunci dalam kerangka ekonomi Madani:- meningkatkan siling, meningkatkan lantai.
“Meningkatkan siling jelas untuk bercakap tentang struktur ekonomi, bagaimana kita meningkatkan perniagaan dan nilai ekonomi supaya anda boleh memperoleh produktiviti dan keuntungan lebih.
Beliau berkata pemain industri akan mampu bersaing di peringkat rantau dan mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.
Kita menghasilkan 50,000 pekerjaan tetapi kita perlu berdepan 300,000 graduan university,” tambah Sim.
Justeru itu wujud keperluan untuk meningkatkan siling dengan mewujudkan pekerjaan dengan gaji tinggi.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meningkatkan gaji minima dari RM1500 kepada RM1700 semasa pembentangan Belanjawan 2025 semalam.
BACA JUGA: Intipati Belanjawan 2025
Â