Kematian Sinwar kegagalan masyarakat antarabangsa tegakkan keamanan, keadilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar beberapa hari lalu sebagai kegagalan masyarakat antarabangsa menegakkan keamanan dan keadilan.
“Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis,” kata beliau dalam satu hantaran di akaun sosialnya.
“Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.
“Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini, dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya.
“Walhasil, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.”
Laporan terbaharu CNN memetik ahli patologi Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata Sinwar maut akibat kecederaan otak traumatik yang teruk selepas ditembak di kepala.
BACA JUGA:Hamas sahkan kematian Yahya Sinwar
Â