LKIM sambut baik kenaikan subsidi, bantuan, insentif untuk nelayan, pesawah
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Faiz Fadzil menyambut baik kenaikan subsidi, bantuan dan insentif untuk nelayan dan pesawah sebanyak RM 2.78 billion sepertimana yang diumumkan di dalam Belanjawan 2025 semalam.
“Belanjawan 2025 tidak mengenepikan komuniti petani, nelayan dan masyarakat luar bandar secara ammya. Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia atau LKIM, saya menyambut baik pengumuman kerajaan menaikkan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif untuk nelayan dan pesawah kepada RM2.78 billion,” kata Faiz dalam satu kenyataan.
“Ini termasuk keputusan menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelavan kepada RM84 ribu ringgit untuk Semenanjung (peningkatan 50%) dan RM90 ribu untuk Sabah dan Sarawak (peningkatan 32%). Bantuan diesel turut dikekalkan untuk para nelayan, membuktikan Kerajaan MADANI cakna dengan keperluan sebenar komuniti kecil ini yang memberikan sumbangan besar kepada agenda keterjaminan makanan.
“Belanjawan 2025 juga sarat dengan inisiatif untuk sektor pertanian, dengan fokus khusus terhadap keterjaminan makanan. Ini termasuk pembangunan tanah terbiar kerajaan dan insentif tunai serta pembiayaan untuk para petani, pesawah, pekebun kecil dan penternak.”
Selain itu beliau turut mengalu-alukan step up financing dan subsidi petrol untuk majoriti rakyat.
“Pembangunan negara tidak akan seimbang tanpa perhatian khusus kepada pembinaan kekuatan ekonomi di kalangan anak muda, justeru program “step up financing” untuk rumah pertama diperkenalkan, RM20 juta disediakan bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), 60 ribu mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak akan diberi bantuan pembelian tiket penerbangan, serta 15 ribu anak muda kurang mampu akan ditampung bayaran mendapatkan lesen motosikal. Ini hanyalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan.
“Syabas sekali lagi diucapkan kepada Kementerian Kewangan atas berjaya mengurangkan defisit kerajaan tanpa memotong manfaat rakyat yang memerlukan.
“Mekanisma subsidi petrol yang diumumkan juga tepat kerana ia memastikan rakyat B85 (bottom 85%) akan terus menikmati subsidi dan harga petrol yang berpatutan.
“Inisiatif cukai yang diumumkan juga tepat kerana lebih tertumpu kepada golongan kaya. Terbukti, langkah kerajaan ini benar-benar prihatin kepada ekonomi rakyat.”
Â