Pengajian tinggi: Mekanisme kadar yuran untuk T-15 akan diumumkan

Mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran instittusi pengajian awam kepada kumpulan T-15 akan diumumkan tidak lama lagi umum Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menurut Zambry, mekanisme tersebut akan mengambilkira pelbagai faktor dan akan dilaksanakan tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak.

“Pendekatan itu akan kita umumkan khususnya mereka berpendapatan tinggi yang dari segi amalannya, sewajarnya tidak memperolehi khidmat sehingga ke tahap yang begitu (menikmati subsidi). Namun kita juga membuat perkiraan kepada kumpulan pendapatan ini yang khususnya kita kena ambil perhatian tentang bilangan ahli keluarganya dan juga dari segi tahap pendapatannya.

“Hal ini akan kita umumkan nanti dari segi berapa bilangan, tahap pendapatan mereka kerana seperti yang diperingatkan oleh Perdana Menteri juga supaya kita tidak melaksanakan satu dasar yang akhirnya dilaksanakan kepada semua tanpa kita mengambil kira dari segi latar belakang,” katanya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman kenaikan yuran untuk kumpulan T-15 ketika membentangkan Belanjawan 2025 semalam.

BACA JUGA: Intipati Belanjawan 2025

Â