Indonesia cadang ikuti jejak langkah Tabung Haji Malaysia
Saban tahun pengurusan haji Malaysia terus mendapat perhatian negara-negara luar dengan Arab Saudi sendiri mengiktiraf model pengurusan haji di Malaysia sebagai yang terbaik.
Ia adalah institusi Islam yang sentiasa berusaha menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif demi kebajikan jemaah haji Malaysia.
Selain pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada pendepositnya.
Perkara ini turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat di Indonesia yang pernah mencadangkan agar mereka ke Malaysia untuk mempelajari bagaimana Lembaga Tabung Haji mengelola dana pendeposit TH.
Satu perkongsian di TikTok ketika Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia bersidang menarik perhatian ramai.
Dalam sidang itu, perwakilan mereka memuji pengurusan LTH sebagai luar biasa.
“Dana Tabung Haji Malaysia itu kan sudah lebih 50 tahun mereka mengelola. Jadi sangat profesional dan sangat membantu umat di sana.
“Saya usul, kalau boleh kita usul ke sana. Kita tengok langsung seperti apa pengurusan haji di sana. Tidak ada konflik, nyaman dan aman.
“Jadi pengurusannya sangat bagus,” kata seorang wakil rakyat Indonesia dalam satu video yang dimuat naik kembali pengguna TikTok.
Tidak hanya itu, pengurusan Tabung Haji Malaysia juga menjadi perbincangan meluas melalui radio mereka dengan kehadiran pakar untuk mengulas bagaimana gerak kerja TH di sini.
Mereka mengagumi bagaimana TH membuat pelaburan dan membeli beberapa tanah dan kemudahan di Arab Saudi untuk rakyat Malaysia yang menunaikan haji.
Ia sekaligus diakui dapat mengurangkan impak dari segi peningkatan harga haji kepada jemaah.
Tabung Haji mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan simpanan, haji dan pelaburan.
BACA JUGA ‘Gaji minimum naik pun guru Pasti cuma dapat RM600’ – Pemuda Pas disindir
Â