7 perkara dalam Belanjawan 2025 berkaitan Islam
Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN
1) RM100 juta untuk memacu sektor kewangan Islam bagi menghasilkan produk baharu patuh syariah tidak lagi mirip konvensional antaranya berdasarkan konsep musharakah yang dilihat lebih adil.
2) RM10 juta kepada Universiti Islam Sungai Pusu dan INCEIF untuk meningkatkan kefahaman ekonomi Islam berdasarkan prinsip maqasid Shariah.
3) Wakaf Madani iaitu RM300 juta kepada KWAP untuk pembangunan tanah wakaf untuk membina rumah persaraaan warga emas berpendapatan rendah.
4) Wakaf Madani iaitu RM200 juta kepada UDA untuk pembangunan rumah mampu milik di atas tanah wakaf.
5) RM25 juta untuk program pemulihan akidah dan pengurusan anak-anak yang teraniaya oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
6) RM2 bilion untuk pendidikan Islam meliputi RM150 juta untuk selenggara prasarana pendidikan Islam JAKIM seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat; pertambahan guru KADA seramai 1500 orang; wang saku kepada penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dan Darul Quran JAKIM sebanyak 100 ringgit; mencetak 1 juta naskhah al-Quran untuk edaran seluruh dunia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin dan Sweden; 35 juta untuk 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, nojar dan marbut.
7) RM1,620 juta bagi pembangunan industri halal iaitu RM600 juta untuk pembiayaan PMKS halal; RM1,000 juta bagi dana jamin PKS Halal; RM20 juta kepada Matrade untuk mengembangkan kapasiti perusahaan halal.
Satu perkembangan yang baik sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan dengan keutamaan kepada peningkatan syiar Islam, wakaf, industri halal dan ekonomi Islam.
BACA JUGA Terkejut tahu gerai di Sungai Golok jual petrol seludup dari Malaysia macam jual ‘air balang’