Aliff Syukri cari “manusia gagah”, ‘typo’ pula jadi bahan gurauan
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menarik perhatian warganet susulan pengumumannya mencari pekerja.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau mencari “manusia manusia gagah, rajin, komited kerja, ringan segala jenis tulang untuk jawatan Pengurus Resort”.
Bagaimanapun, kesilapan anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim itu mengeja “apply” mengundang komentar lucu netizen.
“Berat bon*** say taknak. Lelaki, perempuan boleh appley.
“Ada kenderaan sendiri dan pengalaman,” katanya sambil meninggalkan nombor WhatsApp untuk dihubungi.
Dalam satu rakaman video, Aliff memberitahu beliau memerlukan 100 pekerja untuk jawatan penyelia resort, kerana dan kakitangan di bahagian pentadbiran dan khidmat pelanggan.
Sehubungan itu, beliau yang juga digelar “Datuk Terlajak Laris” itu mempelawa sesiapa yang berminat untuk menghadiri temuduga di pejabatnya di Seksyen 8, Kota Damansara selama tiga hari bermula 9 pagi hingga 5 petang.
BACA JUGA Kedai mamak dan daun pisang mahu naik harga, netizen berang seru boikot
Â