Pertemuan kedua PM dengan Sheikh Al Azhar dalam masa terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan sekali lagi dengan Imam Besar Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayyib dalam masa yang terdekat.

Kali terakhir dua tokoh itu bertemu adalah pada awal Julai yang lalu.

Anwar hari ini bertemu dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin, Muhamed Abdul Salam di Putrajaya.

Pertemuan itu turut meliputi perbincangan untuk mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar.

“Kami telah berbincang mengenai rancangan pertemuan seterusnya bersama Imam Besar Al-Azhar, Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayyib dalam masa yang terdekat.

“…(ia bagi) mengembangkan lagi perbincangan mengenai tema ucapannya di Kuala Lumpur sebelum ini bertajuk “Kesederhanaan Umat Islam, Pengajaran dari Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan”.

“Insya-Allah, saya akan kembali bertemu dan turut bersama Syeikh Al-Azhar dalam program yang akan datang sebagai salah satu ikhtiar membangun kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat,” katanya di Facebook malam ini.

BACA JUGA Netizen Indonesia tiba-tiba banjiri media sosial Anwar

Â