Tular komander Briged Berperisai Israel mati, rupanya Hamas kitar semula bom tidak meletup
Tular rakaman video dikeluarkan pasukan Hamas yang memaparkan detik-detik kematian Kolonel Ahsan Daksa, komander Briged ke-40 di Jabaliya iaitu wilayah utara Gaza.
Sedutan video tersebut dalam masa sama menunjukkan pasukan pejuang Briged al-Qassam mengitar semula bom Israel yang tidak meletup untuk membunuh pengganas nombor satu dunia itu.
Menurut Jurucakap Tentera, Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu taklimat, Kolonel Ahsan Daksa terkena bahan letupan ketika berada di luar kereta kebal.
Dia bersama pegawai lain berjalan beberapa meter ke tempat pemerhatian yang telah dipasang dengan perangkap bahan letupan di Jabaliya, lapor media negara haram itu.
Kematian komander rejim penjahat itu semalam berlaku ketika pasukan zalim tersebut berterusan melancarkan serangan besar-besaran di utara Gaza.
Daqsa, 41, dari bandar Druze, Daliyat al-Karmel, adalah pegawai paling kanan yang keenam mati setakat ini dalam pertempuran dengan pejuang Palestin.
Sudah lebih dua minggu, tentera Israel menawan Jabalia dan memusnahkan berpuluh-puluh rumah setiap hari serta membunuh kejam penduduk Gaza menggunakan taktik kepung dan serang.
Tentera pengganas Israel menggunakan kereta kebal untuk meletupkan jalan dan rumah dengan semakin mara ke wilayah itu, membuatkan penduduk terkepung.
Sementara itu, pengguna X, Muhammad Shehada berkongsi bukti-bukti kejahatan dan jenayah genosid yang dilakukan Briged ke-401.
Antaranya, Briged ke-401 bertanggungjawab membunuh orang awam pada siang hari dan bersernok berbual mengenai pembunuhan yang mereka lakukan.
Tentera penjajah juga berbangga mengebom rakyat Palestin yang tidak bersenjata dengan peluru kereta kebal di bandar Gaza.
Turut menjadi bukti bahawa Briged ke-401 bertanggungjawab memusnahkan dan membakar rumah orang awam semata-mata untuk keseronokan.
Bahkan, seorang pegawai dari Briged ke-401 menulis, “Baiklah, jika kita tidak meletupkannya (rumah rakyat Palestin). Kami sentiasa boleh membakarnya.”
Dalam satu petikan video lain pula, komander Briged ke-401 bermegah dengan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan mereka di kawasan Sheikh Ajlin serta “mengoyakkan” Tel-Hawaa iaitu kejiranan di bandar Gaza.
Pegawai Briged ke-401 juga bangga memberitahu merekalah yang memusnahkan kawasan kejiranan Zeitoun di Bandar Gaza dan kejiranan timur Gaza, Shujjaiya.
BACA JUGA Kedai mamak dan daun pisang mahu naik harga, netizen berang seru boikot
Â