Reformasi GLC, GLIC antara isu yang dijelaskan di dalam sesi PMQT
Agenda reformasi syarikat berkaitan kerajaan dan (GLC) syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) merupakan isu utama yang akan dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi pertanyaan perdana Menteri (PMQT) hari ini.
Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) menyoal berkenaan usaha mencapai keseimbangan antara objektif korporat dan tanggungjawab sosioekonomi nasional.
Soalan kedua diutarakan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berkenaan status terkini usaha kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan tegar dan mekanisme yang menentukna kategori miskin tegar.
Sesi soal jawab lisan pula menyaksikan Chow Yu Hui (PH-Raub) menyoal sama ada permit polis diperlukan untuk penganjuran perhimpunan awam di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 dan sama ada polis berkuasa menghalang penganjuran perhimpunan tersebut sekitanya kelulusan tidak diperolehi daripada pemilik tapak perhimpunan.
Soalan ini akan dijawab oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Chiew Choon Man (PH-Miri) meminta Menteri Kewangan berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan keselamatan terhadap penipuan termasuk serangan peranti pihak ketiga dan tetapan dasar jaminan pulangan wang bagi transaksi tidak sah yang ditawarkan oleh sesetengah platform dompet digital.
BACA JUGA: Netizen Indonesia tiba-tiba banjiri media sosial Anwar