Poster papar gambar Dzulkefly palsu

Tular sebuah poster mamaparkan gambar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang diletakkan bersebelahan dengan satu kenyataan palsu.

Poster itu mendakwa, menteri meminta agar tidak disamakan rokok dengan arak.

Ia tertulis “jangan samakan rokok dengan arak. Rokok membahayakan kesihatan, arak hanya minuman sahaja”.

Ayat lain yang tertera “suka hati sayalah kalau saya haramkan rokok”.

Poster itu beredar di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Dr Dzulkefly bagaimanapun dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa poster itu adalah palsu.

“Berita yang disampaikan dalam poster ini adalah palsu,” ringkas hantaran dibuat pentadbir halaman beliau.

BACA JUGA Dah 3 hari bersidang, Pemuda PH tanya mana belanjawan alternatif pembangkang?

Â