ADUN Pas sewa papan iklan tepi jalan untuk minta sumbangan

Sebuah papan iklan (billboard) milik wakil rakyat pembangkang di Pahang tular di media sosial.

Papan iklan besar di tepi jalan itu bertujuan meminta sumbangan orang ramai untuk DUN Beserah.

ADUN Beserah ialah Adansura Rabu dari Pas.

Iklan pada papan itu tertulis “Tabung Prihatin DUN Beserah” dengan turut disertakan nombor akaun Maybank Pusat Khidmat DUN terbabit.

Ia turut menyediakan kod QR untuk mereka yang mahu menyumbang secara atas talian.

Perkara itu menarik perhatian ramai sekaligus menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Mereka secara sinikal berkata Pas kini sudah maju tidak lagi menggunakan tin milo.

Parti itu sinonim dengan tin milo kerana kebanyakan aktkviti parti digerakkan dari derma ahli parti dan penyokong.

“Tudia. Dah tak payah pakai tin Milo lagi dah. Dulu sebelum mengundi, janji nak bantu rakyat. Dah jadi YB, rakyat kena bantu YB,” kata Tun Carlos yang memuat naik hantaran itu di Facebook.

Beberapa pengguna berkata, wakil rakyat seharusya membantu penduduk, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila duit dihabiskan untuk menyewa papan iklan dan meminta sumbangan.

BACA JUGA Hulu Selangor disekolahkan oleh Timbalan Speaker… apa jadi?

Â