Mencari ubat untuk negara yang gagal

OLEH LIYANA MARZUKI

“Why Nations Fail?” Sebuah buku yang ditulis oleh dua orang pakar ekonomi berasal dari Turki dan British, yang baru menerima Hadiah Nobel Ekonomi tahun ini.

Teori mereka ringkas. Sesebuah negara gagal atau berjaya, bergantung kepada dua perkara utama: Utuhnya institusi ekonimi dan inklusifnya struktur politik.

Kalau kedua-dua ini dipegang oleh elitis dan tidak terbuka, maka ranaplah negara.

Namun kalau ekonominya terbuka, struktur politiknya inklusif, pemimpin muda dan yang terbaik diangkat naik, makanya nescaya berjayalah negara itu. Itu teori mereka yang paling utama.

Keduanya, mereka percaya. Negara yang menekankan teknologi dan inovasi, akan senang menjadi lebih baik dari yang lain.

Negara yang menentang perubahan atau menolak reformasi, yang nak kekalkan perkara sama, makin lama akan tersadung ke laut dalam (ok, ini saya tokok tambah)

Bila saya baca buku ini pertama kali awal tahun ini, i can help to compare with the theory in “Malay Dilemma”.

Dalam MD jelas mencadangkan, ekonomi elitis dan “select few” perlu dibuat untuk membawa kemajuan.

Ini yang dipratikkan selama ini dan sudah terbukti sekarang menunjukkan kegagalan.

Dari segi politik pula, kita didominasi oleh satu parti saja 60 tahun kita merdeka. Parti ini juga mengawal ekonomi dalam negara.

Konsesi dan projek mega berlegar dalam kalangan mereka sahaja.

Namun setelah 65 tahun kita merdeka, penduduk majoriti masih lagi golongan termiskin dan terlemah, walaupun pelbagai bantuan diberi berpuluh tahun lamanya.

Makanya, inilah Malaysia yang kita hadapi. Bila ekonomi dan politik jenis terhad dan tidak inklusif, negara makin layu. Ekonomi kita tidak seperti dahulu. Politik pula makin toksik dan ke laut.

Betul la teori “Why nations fail” itu.

Namun, melihat pembentangan Belanjawan dua tahun kebelakangan ini, I can’t help to wonder. Adakah PMX juga membaca buku ini? Mencari antidote yang perlu ada untuk negara.

Aplikasinya seperti sama. Bermula dengan memecah monopoli yang ada, menolak ekonomi elitis dan seterusnya menekankan ekonomi marhein.

Ini semua untuk keluar dari struktur ekonomi berbentuk kek, menuju ke diamond shape.

Beliau juga tekankan pelaburan ekonomi masa depan, berdasarkan data dan teknologi. Ini semua perkara yang ditekankan dalam buku “Why Nations fail?” 

Dari segi ekonomi kita dah nampak hala tuju, sudah nampak sedikit cahaya di hujung terowong.

Kupasan Belanjawan secara terperinci dalam posting seterusnya. Namun konsepnya saya sudah nampak. PMX seolah-olah aplikasikan antidote “Why Nations Fail?” dan nak buat reversal pula.

Politik ini sepatutnya untuk bina negara. Bukan semata-mata untuk bina satu-satu kaum atau agama.

Makanya doakanlah beliau berjaya.

BACA JUGA Naratif ‘langgar tatakeloka’ hanya rekaan untuk gantung Pengurus Besar NAFAS?