Menteri Kesihatan ketengahkan Rakan KKM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkongsikan tangkap layar artikel tulisan beliau mengenai Rakan KKM.

Beliau menggalakkan orang ramai membacanya bagi mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif KKM dengan kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu.

Menerusi siaran sebelum ini, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa Rakan KKM bertujuan memperkasa perkhidmatan kesihatan awam di samping penyediaan pilihan perkhidmatan berbayar pada kadar yang berpatutan.

Menurutnya, pelaksanaan tersebut akan bermula di lima hospital KKM terpilih yang mempunyai permintaan tinggi dan infrastruktur sesuai seperti Hospital Cyberjaya.

Dalam program The Nation terbitan Bernama TV pada 19 Oktober lalu, beliau berkata, Rakan KKM akan mengutamakan kemampanan dan kebolencapaian untuk semua rakyat Malaysia.

“Langkah pertama dalam agenda reformasi saya ialah mengubah pembiayaan kesihatan.

“Inisiatif ini direka untuk menjadikan sistem lebih mampan dan inovatif sambil menyampaikan hasil kesihatan yang lebih baik, penjagaan pesakit dan pengurusan kesihatan awam yong lebih bagus,” jelasnya.

Dr Dzulkelly juga menekankan keperluan untuk sistem pembiayaan kesihatan berasaskan cukai bagi menyepadukan fasiliti kesihatan swasta dalam hospital awam, yang boleh merangkumi sayap pesakit bayar penuh untuk menjana pendapatan tambahan,” kata beliau lagi.

BACA JUGA Heboh lain macam ‘aktiviti tarbiyah’ Pas Sabak Bernam