Menteri tegur intelektual populis ulas isu di luar bidang kepakaran

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta agar golongan akademik terutama intelektual populis tidak mengulas sesuatu isu untuk meraih populariti.

Beliau menyinggung mengenai seorang pensyarah di sebuah universiti yang didakwa mengaitkan isteri Rasulullah, Khadijah, dengan alam Melayu dalam ceramahnya.

Beliau tidak mahu ada ahli akademik mengeluarkan kenyataan sebarangan sehingga boleh menimbulkan keresahan awam.

“Kita tidak mahu dengar antaranya, ada dalam kalangan intelektual populis, dia nak berbicara sebab dia tengok boleh jadi popular dengan satu-satu tajuk, termasuk gunakan teori bahawa Siti Khadijah dari Kedah, sebagai contoh.

“Ini menimbulkan kekeliruan, jadi mereka kena tahu itu sebagai disiplin diri.

“Sebagai intelektual, pensyarah, boleh cakap apa saja tapi mesti tertakluk disiplin, asas dan data yang baik kerana seorang intelektual itu, jangan sampai dianggap sama saja dengan yang berada di bawah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini, memetik Berita Harian.

BACA JUGA Sekeluarga jadi pengikut Ahmadi Religion selepas belajar dari YouTube

Â