Cerita PTPTN dan 1MDB yang pembangkang wajib tahu
Oleh AMER HAMZAH
2011
Anwar Ibrahim (AI) mula menghidu kepincangan 1MDB yang boleh menjadi skandal terbesar negara malah dunia tetapi ditolak dan disindir bulat-bulat oleh pemimpin kerajaan dan sekutunya ketika itu.
2013
Hutang PTPTN sekitar RM20 bilion.
Jumlah hutang negara RM580 bilion.
2018
Terbukti 1MDB menjadi skandal kewangan terbesar dunia dengan jumlah hutang prinsipal yang perlu dibayar kerajaan sebanyak RM32.3 bilion tidak termasuk faedah RM6.5 bilion yang matang pada tahun 2039.
2022
Hutang PTPTN cecah RM65 bilion.
Jumlah hutang negara RM1.5 trilion
AI dilantik sebagai PMX dan mengambil alih pemerintahan negara.
Hutang PTPTN memang boleh dihapuskan seluruhnya pada 2013 dengan situasi kewangan negara ketika itu dan jumlah hutang PTPTN yang masih lagi kecil RM20 bilion.
Jika dibandingkan dengan keadaan kewangan sekarang, kerajaan tidak mampu untuk melupuskan hutang PTPTN yang mencecah RM65 bilion.
Bayangkan skandal 1MDB yang dibongkar PMX dulu didengari?
Negara tidak perlu bersusah payah untuk membayar hutang skandal terbesar dunia tersebut malah boleh dialihkan kepada penghapusan hutang PTPTN ketika itu.
Jadi, walaun dan walajib sekalian! Mengulangi cerita lama bahawa AI nak hapuskan hutang PTPTN sebenarnya lawak bodoh daripada anda semua.
Anda bebal untuk menilai situasi kewangan negara ketika itu dan sekarang. Lagi benak apabila anda terus berpuas hati dengan skandal 1MDB.
BACA JUGA Menteri, media Israel ‘kantoi’ tipu dunia, gambar lama dikitar semula
Â