Bukan puluhan ribu pekerjaan diwujudkan hasil hubungan ekonomi Malaysia – AS
Bukan puluhan ribu pekerjaan diwujudkan hasil hubungan ekonomi Malaysia – Amerika Syarikat, angkanya jauh lebih banyak.
Dalam tempoh sedekad sejak 2014, hubungan ekonomi rapat di antara Malaysia dan Malaysia menghasilkan lebih daripada 312,000 pekerjaan dan kebanyakannya adalah hasil daripada pelaburan langsung dari luar (FDI).
Menurut kaunselor ekonomi Kedutaan Amerika Syarikat Dave Williams, syarikat Amerika telah mengumumkan lebih daripada RM200 billion untuk pelaburan baru sejak tahun 2021 dan 72 peritus dari jumlah tersebut terdiri daripada syarikat Fortune 500.
“Tahun ini sahaja, Google, Microsoft, Amazon dan Oracle telah mengumumkan pelaburan lebih dari AS$16 billion di Malaysia.
“Pelaburan bermutu begini bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi tempatan tetapi juga akan mewujudkan ribuan pekerjaaan untuk rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama.
Pengumuman terbaru berkenaan pelaburan di Malaysia menunjukkan keyakinan kukuh syarikat Amerika terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang unggul.
“Syarikat AS tertarik dengan pekerja Malaysia yang berkemahiran tinggi, fasih Bahasa Inggeris, lokasi strategik dan rangkaian rantaian bekalan yang kukuh,” katanya.
Beliau menambah bahawa penyertaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) juga menunjukkan peri pentingnya kerjasama tersebut.
“Setelah pulang dari San Francisco, Perdana Menteri mengumumkan komitmen pelaburan berbilion ringgit dari syarikat AS yang menunjukkan faedah penglibatan Malaysia di dalam APEC.”
Putrajaya dan Washington DC juga mengakui hubungan ekonomi sebagai kunci ke arah memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua buah negara dan mengalukan perbincangan lanjut dalam bidang perdagangan dan pertanian.
BACA JUGA: Ini cara Anwar pastikan Malaysia seimbang urus ekonomi antara US dengan China
Â