Ketua pembangkang Perak Razman Zakaria pula disiasat, kenapa?

Ketua pembangkang Perak Razman Zakaria merangkap ketua pembangkang Perak sah sedang disiasat ekoran penyertaan beliau dalam perhimpunan haram.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris ekoran aduan yang diterima sekitar pukul 6 petang semalam.

“Lebih kurang 300 hingga 400 orang berkumpul dengan 200 bendera Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan peserta sambil diiringi lagu-lagu patriotik.

“Seorang individu telah memberi ucapan tanpa pembesar suara dan siasatan mendapati individu tersebut adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

“Individu yang hadir terdiri daripada pimpinan Pas negeri, Pas kawasan Teluk Intan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Arahan untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak yang terlibat juga akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Himpunan kibarkan Jalur Gemilang berlangsung di Dataran Menara Condong semalam sebagai respon kepada himpunan di mana peserta mengibarkan bendera China di dalam satu himpunan kebudayaan yang turut disiasat polis

Dalam perkembangan berkaitan ketua pemuda DAP Kelvin Yii menyeru anggotanya membuat laporan polis terhadap Razman kerana memberi ucapan berunsur perkauman dan kebencian.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pula sedang mempertimbangkan saman fitnah terhadap Razman kerana pemimpin Pas itu mendakwa Nga menghadiri himpunan kebudayaan tersebut.

BACA JUGA: Police report against Razman Zakaria will be lodged for sowing hatred, DAPSY confirms

Â