Serangan politik kotor untuk lagakan pemimpin dalam DAP, Young Syefura buat laporan polis

Young Syefura Othman (PH-Bentong) membuat laporan polis ekoran penyebaran video yang memaparkan perbualan yang kononnya melibatkan dirinya dengan Adun Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berhubung Chow Yu Hui (PH-Raub) yang disifatkannya sebagai usaha melagakan pemimpin dalam DAP.

“Jelas ini adalah fitnah dan saya menafikan rakaman suara tersebut adalah saya.

“Saya pasti bahawa ini adalah serangan politik kotor yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk melagakan kami di dalam DAP justeru cuba menjatuhkan reputasi kami bertiga,” kata Syefura menerusi laman Facebook.

Video tersebut tersebar di Facebook menerusi akaun Dato Mohd Fakrunizam DN.

Kandungan video tersebut kononnya ialah perbualan Syefura dengan Tengku Zulpuri mengenai hubungan gelap Chow dengan pekebun haram Musang King Raub.

“Ini juga merupakan satu tindakan keterlaluan, jadi satu laporan polis telah dibuat dan kita serahkan siasatan lanjut kepada pihak polis dan jika berlarutan saya akan teruskan dengan tindakan selanjutnya.

BACA JUGA: Police report against Razman Zakaria will be lodged for sowing hatred, DAPSY confirms

Â