FOTO BERITA | Tingkatkan motivasi dan semangat pelajar untuk capai kejayaan dalam akademik, kokurikulum – Zaliha

FOTO BETITA: Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2024 disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Rumah Puspanita Dewan Tun Dr. Siti Hasmah Kuala Lumpur. 27hb Oktober 2024 (Ahad) Foto: YWP

Mengiktiraf usaha dan pencapaian pelajar dan meningkatkan motivasi dan semangat pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan

Menggalakkan persaingan sihat dan memberi inspirasi kepada pelajar lain

Menghargai sokongan ibubapa dan guru yang berjaya mendidik dan membimbing pelajar ke arah kejayaan

Bantuan sebanyak RM457,000.00 diagihkan kepada 429 pelajar yang menerima bantuan pendidikan merangkumi pelbagai kategori dan skim, seperti Anugerah Pelajar Cemerlang, Skim Biasiswa IPTA, Skim Bantuan Awal ke IPT, Skim Biasiswa Sekolah Menengah dan Dermasiswa Sekolah
Menengah

Meraikan pelajar cemerlang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tmencapai kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023

Pendidikan adalah asas penting dalam pembentukan masyarakat yang adil dan berilmu. Pendidikan yang inklusif, serta memberi
peluang saksama kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang, merupakan keutamaan dalam agenda pembangunan negara.