Pemantauan berterusan penguatkuasaan lebih ketat langkah KKM cegah pencemaran anggur
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan bahawa pihaknya menjalankan pemantauan berterusan dan penguatkuasaan ke atas makanan import yang lebih ketat di semua pintu masuk negara susulan kes pencemaran anggur Shine Muscat.
“KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan termasuk makanan import berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya,” kata KKM dalam satu kenyataan.
“Di Malaysia, residu racun perosak dikawal di bawah Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut merujuk kepada standard antarabangsa Codex.
“Pemantauan secara berterusan sentiasa dijalankan di semua 70 pintu masuk negara melibatkan pelbagai aktiviti kawalan dan pematuhan semua makanan import termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang meliputi pemeriksaan dokumen, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan label pengambilan sampel dan penahanan di gudang pengimport.
“PKKM sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas konsainan makanan import melalui Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) yang menggunakan pendekatan enam (6) tahap pemeriksaan berasaskan risiko.
Di Negara Thai, The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) telah memberi amaran tentang pencemaran anggur Shine Muscat selepas mendapati kebanyakan sampel dipercayai mengandungi sisa bahan kimia berbahaya melebihi tahap maksimum yang dibenarkan.
Rentetan daripada itu, Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur ‘Shine Muscat’ terlebih dahulu sebelum dipasarkan.
Berdasarkan data pemantauan sejak 2020 sehingga September tahun ini sejumlah 165 (2.97%) sampel telah didapati tidak mematuhi MRL yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Jumlah sampel keseluruhan ialah 5561 sampel.
“Sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut di mana 4 (1.71%) telah dikesan tidak mematuhi MRL yang tidak melibatkan anggur Shine Muscat.”
KKM menyatakan kemasukan makanan akan diperketatkan ekoran pencemaran anggur tersebut.
Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, di mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan.
Dalam hal ini, kelulusan pelepasan di Pintu Masuk hanya akan diberikan sekiranya keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.
BACA JUGA: Nak tahu definasi T15? Tunggu sebulan ya…
Â