Terjawab kenapa makin susah nak dapat stok minyak masak di pasaran

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya menemui ratusan kotak minyak masak paket di dalam sebuah lori yang terbabas di tepi jalan.

Lori itu didakwa membawa 18,700 minyak masak peket bernilai RM46,750 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Ketika rampasan dibuat, anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama KPDN mendapati lori yang terbabas telah ditinggalkan di tepi jalan tanpa pemandu.

Rampasan pada jam 4 petang semalam itu dilakukan semasa memeriksa sebuah pangkalan haram menerusi Op Taring Wawasan di pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di Rantau Panjang.

Lori yang ditemukan dengan ratusan kotak minyak masak

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai ratusan kotak yang mengandungi minyak masak peket tanpa dokumen sah.

“Barangan kawalan terbabit dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran,” kata Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid .

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan ialah RM206,750 dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jelawat, Bachok untuk tindakan selanjutnya.

BACA JUGA Baru tahu nama isteri Tun Mahathir bukan Siti Hasmah rupanya

Â