Kes 1MDB: Nasib Najib akan diketahui esok
Mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetahui nasibnya berhubung tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) besok.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka memberikan kata putusnya esok.
Persoalannya, adakah Najib akan dibebaskan daripada tuduhan berkaitan dengan 1MDB atau adakah bukti yang dikemukakan cukup untuk kes prima facie terhadap mantan presiden Umno ini?
Sekiranya kes prima facie telah dibuktikan, maka Najib mempunyai tiga pilihan:
a) beri keterangan bersumpah dan disoal oleh peguam
b) memberi keterangan tidak bersumpah tanpa disoal
c) memilih untuk berdiam diri.
Najib berdepan tuduhan di bawah seksyen 23(1) Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Di bawah Akta SPRM, Najib berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai rasuah.
Untuk 21 tuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLATFPUAA pula, Najib boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara dan RM5 juta denda sekiranya disabitkan kesalahan.
Beliau kini sedang menjalani hukuman penjara setelah didapati bersalah dalam kes SRC.
BACA JUGA: Bagaimana sesuatu kesalahan boleh diklasifikasi sebagai kesalahan 3R? Menteri jelaskan