Kalau Kamala Harris menang, bolehlah balik kampung, makan nasi goreng USA
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan secara sinis menjemput calon presiden Amerika Kamala Harris untuk pulang ke kampung di Malaysia dan mencuba nasi goreng USA sekiranya beliau menjadi presiden Amerika Syarikat.
“Baru-baru ini Tucker Carlson mendakwa calon presiden AS Kamala Harris ialah seorang yang berasal dari Malaysia.
“Terima kasih kerana Carlson. Kami tidak sedar seorang warga Malaysia bertanding untuk menjadi Presiden AS.
“Kalau Puan Kamala menang, kita berbangga untuk jemput beliau balik kampung, makan nasi goreng USA”
Ia ekoran pengulas politik Tucker Carlson yang menggambarkan Harris sebagai “Samoan-Malaysian” dalam kempen pilihan raya Donald Trump pada 27 Oktober.
Kamala Harris ialah seorang ahli politik yang mempunyai darah campuran India dan Jamaica.