Pengibaran bendera China: Perkauman dan Sinofobia, tembelang Pas pecah
Dalam seminggu dua ini, pengibaran bendera asing menjadi isu hangat.
Ia bermula ekoran tuduhan Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) yang menuduh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming turut hadir di sambutan Guan Gong di Teluk Intan.
Sambutan tersebut menyaksikan pengibaran bendera China.
Sambutan kumpulan Guan Gong juga turut sama menyaksikan pengibaran bendera China.
Isu ini dijejaskan lagi dengan penyebaran grafik berkaitan perkara ini di media social.
Lantas ia menimbulkan persoalan, apakah perlu satu pihak dipermangsakan demi pemantapan sokongan untuk parti siasah?
Apakah perlu masyarakat Cina dimomokkan sebagai musuh demi perpaduan Melayu?
Ucapan Razman di perhimpunan yang dianjurkannya jelas memomokkan warga Malaysia berketurunan Cina.
Dalam erti kata lain, Razman dan sebilangan netizen menguar-uarkan sentimen anti-perpaduan kepada rakyat Malaysia.
DAP telahpun mengecam sekeras-kerasnya perkara ini. Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mempersoalkan kebisuan Pas di Dewan Rakyat berhubung perkara ini semalam.
Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) turut senada dalam kecamannya kerana semangat perpaduan perlu disemai bukannya dipecahkan.

Di persada antarabangsa, isu ini boleh memberi kesan langsung terhadap hubungan diplomatik dan perdagangan Malaysia-China.
Pihak yang mengadu dombakan isu ini jelas menyemai Sinofobia.
Kedua-dua negara baharu sahaja meraikan ulangtahun hubungan diplomatik yang mencecah 50 tahun.
China merupakan negara pelabur utama Malaysia sejak tahun 2009.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berjaya meyakinkan pelabur China untuk melabur di Malaysia ketika lawatannya awal tahun ini.
Mungkin juga Malaysia tidak belajar daripada pengalaman lepas.
Pengeksport kelapa sawit terkesan apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik pentadbiran India berhubung isu Kashmir.
India menghentikan pengeksportan kelapa sawit untuk tempoh tertentu ekoran mulut Dr Mahathir.
Kerana mulut badan binasa, buruk padahnya buat Malaysia.
Â