Vivy kekal ‘trending’, ramai desak penjelasan Khazanah dan PNB
Nama ‘Vivy’ kekal sohor kini di platform X sejak semalam selepas heboh diperkatakan mengenai kerugian mengejutkan dialami Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM43.9 juta gara-gara pelaburan membabitkan Fashion Valet.
Sehingga malam ini, sebanyak 11,400 ‘posts’ menyentuh mengenai usahawan kontroversi Datin Vivy Yusof yang sebelum ini memberitahu dirinya terlantar di hospital menerima rawatan.
Walau bagaimanapun, ramai tidak sabar menantikan penjelasan pihak berkaitan mengenai kerugian pelaburan dana awam terbabit.
Rata-rata mempersoalkan bagaimana GLC milik kerajaan seperti Khazanah dan PNB boleh melabur berjuta-juta ringgit dalam satu syarikat Fashion Valet sedangkan banyak peniaga SME memohon pinjaman tapi gagal.
Untuk rekod, Khazanah dan PNB masing-masing melabur RM27 juta dan RM20 juta pada 2018 untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet (FV).
Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam Fashion Valet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.
“Semoga Vivy tenang di hospital. Cepat sembuh ye. Fund manager, CIO, CEO, BOD dan pengurusan Khazanah dan PNB pun bersiap sedialah ya,” tulis @tjerealjoker.
Seorang pengguna X pula menyifatkan pelaburan itu mempunyai masalah dari segi konflik kepentingan.
“Dapat dana untuk FV. Lepas tu, FV guna dana itu untuk beli kepentingan 30 Maple/Duck dari tuan punya Duck iaitu pengusaha FV. Apa cerita ni?, bidas @umbrab3llator.
Dalam masa sama, senarai mereka yang menduduki jawatan pengarah di Khazanah turut tersebar.
BACA JUGA Tak sangka negeri Pas ada konsert dalam gelap dihadiri ribuan peserta, mujur polis ambil tindakan
Â