Ambil contoh kezaliman di Gaza, PM akui bibit rasisme ada di negara ini
Perdana Menteri mengambil contoh kezaliman di Gaza, apabila beliau berkata antara puncanya adalah kerana sentimen kaum dan kebencian terhadap Islam serta Arab telah disebarkan secara keterlaluan.
Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang menanam kebencian kaum dan bibit-bibit rasisme di negara ini.
“Masalah yang berlaku (di Gaza) itu kemanusiaan.
“Sebab itu untuk ada kaitan dengan Malaysia, saya paling tidak toleransi dengan orang yang tanam kebencian kaum dan semua bibit rasisme di Malaysia.
“Bibit itu ada… kita (hanya) akan bekerjasama dengan mata macam kita, bukan mata macam sepet dan warna kulit kita, bukan warna kulit gelap. Apa dia ini?
“Apakah orang Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit?,” katanya dalam Program Temu Anwar di Universiti Pertananan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi hari ini.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata Malaysia mempunyai nilai kemanusiaan lantaran kezaliman dialami rakyat di Palestin adalah setiap hari dengan kediaman dan tempat ibadat musnah dibom setiap hari.
“Paling tidak kita bersuara. Itu yang kita mampu. Anak-anak harus disedarkan… bukan dengan ceramah agama yang picisan dan kebencian.
“Kebencian terhadap kezaliman yang dilakukan bukannya kebencian terhadap orang, kaum dan agamanya.
“Saya anggap mahasiswa ada pemikiran yang kreatif dan kritikal,” tambah PMX lagi.
BACA JUGA Jangan mengalah, bertolak ansur terhadap pembuli
Â