Jangan mengalah, bertolak ansur terhadap pembuli
Perdana Menteri berpendapat program pendidikan dan nilai mesti ditekankan memandangkan pada masa ini masyarakat mengambil sikap permisif, mengalah dan bertolak ansur terhadap pembuli.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya membuli berlaku kerana terdapat pihak bersikap permisif dengan membenarkan ia terus berlaku.
Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan perbuatan buli yang sudah sistematik dalam negara ini, khususnya dalam bidang pendidikan.
Anwar yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata demikian dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi, hari ini,
Sehubungan itu, beliau berkata, isu buli menjadi cabaran bukan saja di pihak kepimpinan tertinggi universiti, bahkah ia memerlukan perhatian dan tindakan holistik daripada pihaknya serta kementerian berkaitan.
“Ia kelompok kecil bukan mewakili keseluruhan mahasiswa tapi budaya itu mengizinkan…budaya samseng, buli, gangster dalam sistem pendidikan di sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Maahad Tahfiz dan sekolah agama.
“Ini adalah kegilaan. Kita cakap soal ilmu, kita tidak tahu displin itu mendidik manusia.
“Darjat kemanusiaan dan ilmu itu penting kepada penghayatan. Ini cabaran bagi setiap pimpinan Naib Canselor, profesor dan pensyarah termasuk saya dan menteri.
“Jadi, program pendidikan dan nilai mesti ditekankan. Ini kerana (ketika ini) kita ambil sikap permisif, mengalah dan bertolak ansur terhadap pembuli. Ia tidak boleh berlaku kalau budaya menolaknya.
“Saya bagi tahu kepada menteri pendidikan, jangan tolak ansur.
“(Saya) Bagi amaran dan nasihat jangan tolak ansur sama sekali kerana tak nak berlaku secara terpisah kerana berlaku dalam budaya,” tegas Perdana Menteri lagi.
BACA JUGA Dahlah guna klip video masjid negeri seteru politik, pemimpin Pas dikecam ‘tunggang’ agama
Â