Rangkaian 5G Kedua akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa syarikat rangkaian pengendali mudah alih yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia ialah U Mobile Sdn Bhd.

“Walau bagaimanapun, pihak U Mobile Sdn Bhd, tertakluk kepada kelulusan SKMM, dibenarkan untuk bekerjasama dengan rangkaian pengendali mudah alih lain bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.

SKMM akan meneruskan pemantauan kemajuan pelaksanaan projek ini.

Pada peringkat awal, Malaysia memiliki pelaksana tunggal untuk rangkaian 5G di Malaysia, dan telah memilih Digital Nasional Berhad (DNB) untuk melaksanakannya.

Syarikat DNB sendiri ditawarkan saham dan pegangan kepada syarikat telekomunikasi lain dalam usaha membangunkan rangkaian berkenaan bersama-sama. Namun, untuk mengelak monopoli, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G Kedua Malaysia selepas liputan DNB mencapai 80%.

Pelbagai pihak menyertai bidaan untuk membangunkan rangkaian 5G Kedua Malaysia, termasuk CelcomDigi dan juga Maxis.

Dengan pengumuman hari ini, U Mobile akan membangunkannya.

Â