Ini sebabnya PM Anwar yakin Kerajaan Perpaduan akan terus diberi mandat

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan akan terus diberi mandat dalam pilihan raya akan datang sekiranya konsisten dengan dasar yang dilaksanakan.

Perdana Menteri menjangkakan kerjasama di peringkat Persekutuan bukan sahaja sepanjang penggal sekarang, tetapi juga kekal hingga penggal akan datang.

“Buat masa ini, keadaan sudah reda, stabil dari segi politik. Saya fikir gabungan ini bekerjasama dan saya fikir akan terus bekerjasama selepas penggal ini.

“Jika kita bertegas dan konsisten dengan dasar kita, maka saya percaya kita akan diberi mandat untuk terus mentadbir,” kata beliau dalam temu bual FMT di Pejabat Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Menteri Kewangan berkenaan menyifatkan situasi tersebut ‘akan menjadi petanda yang baik’ bagi Malaysia jika kerajaan ditubuhkan hasil kerjasama Pakatan Harapan (Ph) dan Barisan Nasional (BN) itu terus mentadbir.

Jelasnya, beliau yang akan melepasi tahun kedua sebagai Perdana Menteri pada 24 November ini, mengatasi tempoh jawatan Perdana Menteri terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Mahiaaddin Yassin, yang berkhidmat kurang daripada 18 bulan.

BACA JUGA Bekas AJP NAFAS jawab tuduhan Lim Sian See