Ini status 10 Bahagian Bersatu yang digantung

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata semua 10 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.

Beliau berkata, peringkat cawangan bahagian berkenaan, boleh memulakan mesyuarat semula mulai 7 November ini manakala bagi pemilihan di peringkat bahagian pula akan dilaksanakan pada Disember depan.

“…kita gantung bukan gantung selama-lamanya, cuma kita tangguh untuk elak perkara yang tidak diingini berlaku membabitkan keseluruhan pemilihan kelak,” katanya dalam sidang media di Larut hari ini.

Hamzah berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Serbaguna Sungai Bayor hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Abdul Azim Mohd Zabidi mengesahkan 10 bahagian jawatankuasa parti itu digantung dan tidak boleh bersidang dalam pemilihan parti yang berlangsung hari ini.

BACA JUGA PM Anwar arah Khazanah siasat kerugian pelaburan RM43.9 juta

Â