Exco Kelantan kata kerajaan negeri tak pernah haramkan buka panggung wayang tapi…
Syarat dan peraturan untuk panggung wayang dibuka di Kelantan akan dibincangkan dan diperhalusi oleh kerajaan Kelantan.
Ia selepas kerajaan negeri Kelantan menegaskan tidak pernah mengharamkan pembukaan pawagam, namun pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat agak ketat.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Asri Mat Daud, berkata kerajaan negeri sudah menyenaraikan syarat sepatutnya dan ia akan diperhalusi sebelum memutuskan permohonan berkenaan.
“Ada syarat ketat dikenakan dan pimpinan dahulu sudah sebut pembukaan pawagam dibenarkan, jika memenuhi syarat itu,” katanya menurut Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Kelantan tidak pernah melarang pembukaan pawagam, tetapi pengendali perlu mematuhi syarat agak ketat, termasuk mengelak tayangan dalam persekitaran gelap.
Antara syarat lain yang ditekankan dalam pekeliling kepada pihak yang berhajat membuka pawagam di Kelantan adalah pematuhan waktu solat lima waktu terutama maghrib dan isyak kerana jarak masa singkat
BACA JUGA Artis Kelantan ditahan di Sungai Golok, didakwa miliki dadah