Pengikut ajaran GISBH di Terengganu tidak ketara, tiada keperluan fatwakan sesat

Tiada keperluan untuk Terengganu memfatwakan ajaranĀ  Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sebagai sesat berikutan jumlah pengikut kumpulan itu di Terengganu tidak begitu ketara buat masa ini.

Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, kes tersebut bukan di tahap serius, namun ia akan dibincangkan dalam peringkat Majlis Fatwa Terengganu selepas pihaknya menerima resolusi daripada Majlis Raja-Raja Melayu.

“Pengikut GISBH di Terengganu ini tidak begitu ketara dan terpencil. Ia tak begitu banyak dan kalau ada isu pun mereka sendiri sudah pun keluar dari Terengganu tetapi pihak berkuasa sedang memantau perjalanan mereka setakat ini.

“Jadi ia tidak begitu serius maka kita belum bawa isu ini tetapi kita akan bawa juga setelah mendapat maklumat lengkap yang akan dibawa dalam Majlis Fatwa Terengganu,” katanya memetik Sinar Harian hari ini.

Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Beliau menambah keputusan di peringkat negeri akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, sebelum ajaran dan kepercayaan GISBH difatwakan sesat.

Setakat ini enam negeri telah mengisytiharkan ajaran dan amalan GISBH sebagai sesat dan bercanggah dengan Islam iaitu Perlis, Selangor, Pahang, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang.

BACA JUGA Kami ā€˜anak-anakā€™ beliau dalam Pas percaya mimpi Hadi Awang jumpa Nabi

Ā