AMANAH Johor akan bertanding 12-20 di dalam PRN, kenapa?
AMANAH Johor telah mengumumkan bahawa ia akan mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram dan bertanding di 12 hingga 20 kawasan DUN dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Keputusan ini dibuat kerana tiada rundingan kerusi dibuat di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat Johor.
AMANAH Johor telah mengambil ketetapan ini tidak kira sama ada PH akan bekerjasama dengan BN di dalam pilihan raya, kata timbalan pengerusi AMANAH Johor Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly juga tidak menolak kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru di dalam pilihan raya negeri membabitkan PH, BN dan PN.
“Kita akan bentangkan keputusan kita kepada kepimpinan tertinggi AMANAH dan PH di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Langkah ini adalah susulan bantahan kita terhadap keputusan BN Johor yang enggan membentuk kerajaan perpaduan di peringkat negeri meskipun (ada Kerjasama dari PH) dalam PRK Mahkota yang dimenangi BN.
“Kita ulang, keputusan AMANAH Johor ialah kerana tidak ada rundingan langsung berkenaan pembentukan kerajaan perpaduan dengan BN,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerajaan negeri Johor terbentuk ekoran pilihan raya negeri yang berlangsung pada Mac 2022. BN menang majoriti 40 daripada 56 kerusi DUN. PH menang 12 manakala PN, empat.
PH di Johor tidak dilihat sebagai pembangkang tetapi sebagai penimbang.
AMANAH Johor telah berulangkali menggesa penubuhan kerajaan perpaduan tetapi ia ditolak oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
BACA JUGA:AMANAH beri laluan kepada BN, tapi agihan kerusi PRU16 perlu diputus semula
Â