Artis wanita Kelantan ditangkap kerana dadah, apa kata Timbalan MB Kelantan?
Baru-baru ini kecoh apabila enam rakyat tempatan dengan salah seorangnya adalah artis wanita di Kelantan, telah ditahan pihak berkuasa Thailand di sebuah hotel kerana didakwa memiliki dadah.
Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya tidak campur tangan dalam siasatan membabitkan artis dari negeri itu.
Sebaliknya beliau berkata, kes tersebut wajar dijadikan pengajaran terutama kepada rakyat Kelantan untuk sentiasa menjaga tingkah laku lebih-lebih lagi apabila mempunyai nama dalam industri yang dikenali ramai.
Menurut Bernama, agensi penguatkuasaan telah pun diarah untuk mempertingkatkan kawalan dan kerjasama bagi memastikan kemasukan dadah sama ada dari dalam atau luar negara dapat disekat.
Terdahulu media melaporkan seorang artis wanita Kelantan yang terkenal dengan klip video lagu nyanyian duetnya di YouTubeditahan di Sungai Golok, Thailand.
Nama penuh wanita berasal dari Kota Bharu berusia 29 tahun itu tertera bersama lima individu lain dalam satu laporan siasatan yang tular di media sosial.
Menurut maklumat yang tersebar, kesemua mereka ditangkap pihak polis Thailand pada jam kira-kira 5 pagi waktu tempatan di Hotel Genting, Sungai Golok semalam.
Â